Khamis, 12 Mac 2009

Into Perfection





saya, yus n dayang tinggi
Audien semasa Majlis
YB Menteri Penerangan Malaysia



Majlis Taklimat Isu-Isu Semasa Kementerian Penerangan Malaysia telah diadakan pada 4 mac 2009 di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Saya telah beberapa kali mengitu sesi taklimat kementerian, tapi taklimat Bil 2/2009 ini saya bagi 2 thumbs up.

Ini adalah kerana;

1.Penceramah yang sangat berkaliber; yang mane 4 orang menteri dijemput dan seorang Ketua Pengarah. bagi saya, dalam menangkis isu-isu oleh pembangkang, calon yang layak dalam memberi segala fakta ini adalah daripada menteri sendiri. Pegawai di Kementerian sebagai Keys Communicator akan menurunkan segala maklumat ini ke akar umbi, tanpa menambah atau mengurangkan intipati ucapan pada setiap ceramah tersebut. Malah, saya sendiri tidak kisah utk menulis nota bagi rujukan di kemudian hari.

2.Audien. Kali ini, penuh Auditorium. Nak keluar utk ke washroom pun terpaksa tangguh niat..gara-gara ssh nak keluar jika ddk di kerusi bahagian tengah seaters.

3.Sesi soal-jawab. Setiap soalan yang diutarakan dijawab dengan sangat meyakinkan. Sebagai seorang menteri sewajarnya mereka menerangkan keadaan sebenar yang berlaku. Setelah menghadiri taklimat ini, saya memahami kemelut politik yang sebenar di Perak. jadi, bagi saya WAJAR lah para menteri ini menerangkan keadaan ini (mungkin melalui sesi dialog) kepada rakyat. jangan biarkan pembangkang mempermainkan kerajaan.

4.Jamuan minum & makan. Lebih teratur. saya setuju disediakan minum awal pagi dan tiada break in between speeches kerana ini akan menyebabkan urusetia / pengerusi majlis terpaksa memanggil peserta utk kembali ke dewan dengan segera.

"SAMPAH BALEH" jual ubat lagi

Saya terpanggil untuk mengulas berkenaan ucapan Beginda Minda pada Majlis Makan Malam PKR di Bintulu yang dimuat turun di laman blog http://batangai.dayakbaru.com/

Kalau kerja memburukkan nama org, Beginda Minda (BM) adalah PAKAR. Cakap 'berapi' tp habuk jer. Ala, macam orang jual ubat di pasar malam tu. belum tentu mujarab tp bagi gerenti 500%.

Tak cukup dia memburukkan YAB Ketua Menteri Swk, Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dan Tim. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Alfred Jabu, kini dia mengutuk pulak Dr. Johnnical Rayung semata-mata kerana Dr. Johnnical memiliki phD dan bergelar Dr.

Dalam ucapan BM, dia seolah-olah memandang gelaran Dr. itu sebagai tidak bernilai, malah usaha untuk memiliki phD selama 7 tahun adalah sia-sia.

Malah, pemilik blog batangai.dayakbaru itu juga memiliki gelaran Dr. Tetapi, sedarkah blogger itu ttg penghinaan oleh SAMPAH BALEH itu? Fifkir-fikirkan lah Dr. JB.

Khamis, 30 Oktober 2008

LAWATAN PEGAWAI NO.1 KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA KE RUMAH PANJANG SARAWAK

Tanggal 27 Oktober 2008, YBhgia Dato' Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia dan beberapa pegawai dari semua agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia mengadakan lawatan ke Rumah Manja Anak Sintan, Naman, Sibu.


Lawatan tersebut juga merupakan lawatan bagi berjumpa dengan Komuniti Bestari Naman. Naman merupakan salah satu daripada 116 buah rumah panjang di kawasan N46 Dudong.


Dalam lawatan tersebut juga, Dato KSU menyeru agar setiap pegawai dari semua agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia agar selalu turun padang untuk mendapatkan maklumat terus dari rakyat secara temu bual bersemuka.


Beliau juga berharap agar setiap pegawai memastikan permasalahan kawasan sampai kepada pihak yang bertanggungjawab terutamanya kerajaan. Ini adalah kerana beliau tidak mahu masalah maklumat yang tidak sampai kepada kerajaan, iatu seprti yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.


Lawatan tersebut turut disertai oleh Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia; Encik Resat Salleh, Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak; Encik Jemat Lihi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak; Encik Ghazali Yaman, Pengarah Filem Negara Cawangan Sarawak; dan Caroline Anne Ranyed Jackson, Ketua Biro BERNAMA Sarawak.








Jumaat, 12 September 2008


saya budak baru belajar


Tekuyung?

Buat geng yang berposa, meh la bli tekuyung kicap (a.k.a siput sedut masak kicap la) di Bazaar Ramadhan Jalan Satok, Kuching utk bersungkei nnt...