Khamis, 12 Mac 2009

Into Perfection





saya, yus n dayang tinggi
Audien semasa Majlis
YB Menteri Penerangan Malaysia



Majlis Taklimat Isu-Isu Semasa Kementerian Penerangan Malaysia telah diadakan pada 4 mac 2009 di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur.

Saya telah beberapa kali mengitu sesi taklimat kementerian, tapi taklimat Bil 2/2009 ini saya bagi 2 thumbs up.

Ini adalah kerana;

1.Penceramah yang sangat berkaliber; yang mane 4 orang menteri dijemput dan seorang Ketua Pengarah. bagi saya, dalam menangkis isu-isu oleh pembangkang, calon yang layak dalam memberi segala fakta ini adalah daripada menteri sendiri. Pegawai di Kementerian sebagai Keys Communicator akan menurunkan segala maklumat ini ke akar umbi, tanpa menambah atau mengurangkan intipati ucapan pada setiap ceramah tersebut. Malah, saya sendiri tidak kisah utk menulis nota bagi rujukan di kemudian hari.

2.Audien. Kali ini, penuh Auditorium. Nak keluar utk ke washroom pun terpaksa tangguh niat..gara-gara ssh nak keluar jika ddk di kerusi bahagian tengah seaters.

3.Sesi soal-jawab. Setiap soalan yang diutarakan dijawab dengan sangat meyakinkan. Sebagai seorang menteri sewajarnya mereka menerangkan keadaan sebenar yang berlaku. Setelah menghadiri taklimat ini, saya memahami kemelut politik yang sebenar di Perak. jadi, bagi saya WAJAR lah para menteri ini menerangkan keadaan ini (mungkin melalui sesi dialog) kepada rakyat. jangan biarkan pembangkang mempermainkan kerajaan.

4.Jamuan minum & makan. Lebih teratur. saya setuju disediakan minum awal pagi dan tiada break in between speeches kerana ini akan menyebabkan urusetia / pengerusi majlis terpaksa memanggil peserta utk kembali ke dewan dengan segera.

Tiada ulasan: