Khamis, 30 Oktober 2008

LAWATAN PEGAWAI NO.1 KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA KE RUMAH PANJANG SARAWAK

Tanggal 27 Oktober 2008, YBhgia Dato' Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Malaysia dan beberapa pegawai dari semua agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia mengadakan lawatan ke Rumah Manja Anak Sintan, Naman, Sibu.


Lawatan tersebut juga merupakan lawatan bagi berjumpa dengan Komuniti Bestari Naman. Naman merupakan salah satu daripada 116 buah rumah panjang di kawasan N46 Dudong.


Dalam lawatan tersebut juga, Dato KSU menyeru agar setiap pegawai dari semua agensi di bawah Kementerian Penerangan Malaysia agar selalu turun padang untuk mendapatkan maklumat terus dari rakyat secara temu bual bersemuka.


Beliau juga berharap agar setiap pegawai memastikan permasalahan kawasan sampai kepada pihak yang bertanggungjawab terutamanya kerajaan. Ini adalah kerana beliau tidak mahu masalah maklumat yang tidak sampai kepada kerajaan, iatu seprti yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.


Lawatan tersebut turut disertai oleh Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia; Encik Resat Salleh, Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak; Encik Jemat Lihi, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak; Encik Ghazali Yaman, Pengarah Filem Negara Cawangan Sarawak; dan Caroline Anne Ranyed Jackson, Ketua Biro BERNAMA Sarawak.








Jumaat, 12 September 2008


saya budak baru belajar


Tekuyung?

Buat geng yang berposa, meh la bli tekuyung kicap (a.k.a siput sedut masak kicap la) di Bazaar Ramadhan Jalan Satok, Kuching utk bersungkei nnt...